Langkau ke kandungan utama

14 TEKNIK CLOSE SALE PALING BERKESAN-100%GEERREENNTII

14 TEKNIK CLOSE SALE PALING BERKESAN-100%GEERREENNTII


Dulu mungkin tiap kali anda berurusan dengan customer,Anda akan menangis sebab customer tak minat nak beli.LEPAS anda baca cara-cara close sale kat bawah,GERENTI sales anda KeBABOOM

3-Basic-Steps-to-Closing-the-Sale


PARA PENJUAL di Online pasti tau macam mana rasanya bila jawab semua soalan customer, last2 tetap je customer banyak alasan dan tak nak beli. Pernah kan? Untuk itu belajar teknik closing sangat penting, supaya tahap penukaran (% closing) semakin besar. Jika tahap penukaran besar, customer semakin banyak. Begitu juga sebaliknya. Tahukah anda, 80% orang membeli kerana emosi dan 20% orang memutuskan untuk membeli kerana logik. Untuk itu, kita akan banyak menggunakan pendekatan psikologi supaya jualan boleh maksimum (closing). So, bagaimana ciri-ciri closing? Jika bakal customer bersemangat, banyak bertanya dan menghubungi anda berkali-kali. Kalau dah dapat salah satu ciri closing pada bakal customer anda, barulah buat perkara berikut ni…
1. YA! YA! YA!
_________________________
Buat bakal customer berkata ‘YA’ sebanyak-banyaknya. Sebuah kajian menunjukkan 3-8 jawapan ‘YA’ diperlukan supaya pola “AJAIB” akan terbentuk. Tapi jangan terlampau banyak.Nanti customer bosan.Biar sedang2 je ok. Jangan biarkan bakal customer kata ‘TIDAK . Contohnya, “Puan jadi beli tak? ‘Secara tidak langsung akan sebabkan fikiran customer untuk berkata” TIDAK”. Yahh …
2. Yang Banyak tanya akan menang
_________________________
Jangan stop perbualan macam tu je. Tanya balik! Setiap kali bakal customer bagitau keberatannya ketika anda tanya, terus akhiri dengan soalan. Contoh: “Wah harganya mahal”. Respons dengan: “Memang mahal puan tapi, bukanke puan nak produk yang sangat berkualiti? atau “Oh ye memang mahal, tapi saya minta maaf…puan membandingkannya dengan apa ya?
3. Teknik 1 2 3
_________________________
Berikan 3 keuntungan secara ringkas dalam satu tawaran. Orang biasanya suka dengan produk yang manfaatnya banyak,tak kira la produk barangan atau perkhidmatan.
Contoh “kalau beli hari ini, boleh dapat BONUS tambahan katil, bantal dan PERCUMA dihantar sampai rumah” atau “kalau pakai produk ini, akan lebih sihat, lebih cantik, dan kelihatan 10 tahun lebih muda. Cuba je!
4. Now Or Never!
_______________________
Bakal customer mesti di pujuk supaya buat keputusan masa tu jugak.Pastikan dia akan rasa menyesal kalau tak beli cepat2. Kena Ingat, bakal customer kita suka menunda! Teknik Now or Never ini akan memaksa bakal customer untuk cepat buat keputusan.. Kenapa? Kerana kalau menunda nanti akan terlepas peluang.. Sebab nanti bila masa promosi dah habis, produknya tidak akan ada lagi atau harganya naik. Contoh, “sudah ada calon pembeli yang baru pm saya nak booking item terakhir kat saya ni.Puan kena tunggu stock baru kalau nak order nanti.. Sebab risau barang habis, saya cadangkan puan book sekarang sebelum saya bagi kat customer tu.
5. Surprise!
_________________________
Bagi kejutan yang menyenangkan bakal customer.Customer suka dengan kejutan. Lebih baik tak menjanjikan lebih tapi pada akhirnya akan memberikan sesuatu yang lebih, daripada menjanjikan lebih tapi pada kenyataannya tak menepatinya. Teknik ini juga memancing pembelian seterusnya. Orang kalau sudah puas dan bahagia, biasanya akan terus beli kat kita bahkan boleh jadi virus “Word Of Mouth” kepada kawan2nya sebab keterujaannya.. Contoh, “Khusus untuk puan, kami berikan 1 batang berus foundation.! Tolong jangan cerita kepada kat orang lain ye .. “atau” kerana puan sudah jadi customer kami, untuk pembelian seterusnya FREE sabun muka.
6. Perbandingan
_________________________
Bagi 3 tawaran yang ingin dijual lepastu letak kat urutan ke-2. Berdasarkan kaji selidik, customer cenderung untuk memilih produk yang pertengahan.Kalau dah di setting lebih mahal dan lebih murah. Contohnya, anda ingin menjual produk X harganya RM200. Produk ini awalnya tidak laku. “Puan.. produk A harganya lebih mahal, tapi tu sebab kualitinya memang sangat bagus. Kalau produk X, harganya pertengahan tapi kualitinya biasa2, sesuai untuk puan. Kalau produk B, harganya memang murah sangat, tapi kualitinya puan faham2 jela kan..
7. Harga Asal vs Harga baru
_________________________
Biarkan customer kira sendiri. Teknik ni macam nak sama dengan teknik perbandingan. Cuma bezanya teknik ni lagi simple.Cuma buat gabungan harga asal dengan harga baru.Customer ni sifat diorang sukaberjimat, sedar atau tak,kalau pakai teknik ni,customer akan kira sendiri berapa wang yang dapat diorang berjimat ketika diorang memutuskan untuk membeli.
8. BAGI PUJIAN!
_________________________
Katakan dekat customer dia hebat! Anda kagum dan terkesan dengannya.Puji banyak2. Customer suka dengan pujian. Semakin tinggi kita puji, makin besar potensi closing !.
Contoh, “Wah,nampak macam puan ni MUA.Mesti puan ni pandai sangat make up.Saya rasa puan tau utk nilaikan sendiri foundation ni.
9. Rayuan Persaingan
_________________________
Sesuai utk produk mahal.Dengan teknik ni, bakal costumer akan memikirkan sendiri kelemahan produk pesaing. Ini berlaku terutama kalau kita jual produk eksklusif atau premium. Harga mahal dan kualiti . Contohnya “makanan tambahan ni harganya mahal, tapi kalau minum suplemen ni selama 1 bulan, rasa sakit yang selama ini dirasakan Insya Allah boleh sembuh. Kalau supplement yang lain memang murah, tapi puan kena bergantung untuk jangkamasa panjang.
10.Simpati
_________________________
Tunjukan yang kita sangat2 memahami masalah diorang. Teknik ni adalah teknik paling berkesan dalam membina engagement.. Semakin rapat kita dengan diorang,semakin besar potensi closing. Contohnya, “Sebelum ni saya juga mempunyai masalah yang sama, tetapi lepas pakai produk ni semua masalah saya hilang dengan pantas
11. Eksklusif
_________________________
Cakap dekat customer, semua orang boleh dapatkan produk ni tapi stock terhad..
Contohnya “Produk ini jumlahnya terhad. Hanya ada 3 unit je lagi dekat saya.Company bagitau lagi 3 minggu stock baru sampai.(Cakap yang betol je ok.Jangan tipu)
12.Joke/Kelakar
Buat orang tertawa atau tersenyum dengan tawaran / kata-kata anda. Orang lebih suka membeli dari orang yang disukainya.. Apabila anda berjaya buat orang lain ketawa, diorang akan lebih menyukai anda dan tidak berfikir panjang untul beli dari anda.
13. Jika..Maka ..
_________________________
Apa kerugian customer kalau tak beli produk ini ?. Teknik ni sama dengan teknik Now Or Never.Teknik ni akan buatkan bakal costumer berfikir tentang kerugianya kalau tak membeli.Contoh “Kalau puan tak beli sekarang, esok puan dah kena keluarkan kos yang lebih tinggi untuk membelinya”.
14. Cerita testimoni atau pengalaman orang lain.
_________________________
Customer cenderung lebih yakin kalau anda menceritakan pengalaman/testimoni orang lain kepadanya. Kalau testimoni tu ada kena mengena dengan customer,lagi bagus. Contohnya, “kemarin ada seorang pelanggan saya yang juga tanya soalan yang sama.Mulanya dia ragu2 dengan kualiti produk ni..Tapi lepas baca sendiri manfaat yang saya bagi,dia akhirnya terus yakin untuk cuba.(Cerita balik pasal customer yang pernah beli dengan kita sampai last sekali dia sendiri join utk jual sekali sbb teruja dgn kehebatan produk. “
Ok,tu je.Saya yakin sales anda semua pasti akan meningkat kalau praktikkan betul2.Percayakan diri anda dan yakin dengan rezeki dari Tuhan.
Terima kasih sebab membaca.
Jangan lupa follow fb saya:Mohamad Adzis

3-Basic-Steps-to-Closing-the-Sale

Ulasan

  1. 5 things to keep in mind when signing up to benefit from
    5 things to keep in mind when signing up to benefit from The 12bet benefits 카지노 of playing sports online are usually limited to a handful 메리트카지노총판 of different kinds of games,

    BalasPadam
  2. terimakasih atas sharing ilmunya, dapat juga saya topup2 ilmu dari tuan, saya pun ada sharing2 juga secara percuma di web saya di Rahsia Close Sale Conversion Tinggi :) sudi2lah jenguk ye :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKANAN YANG PERLU DIMAKAN JIKA ANDA ADA RESDUNG

DIET RESDUNG Tahun 2003,aku dah start jadi penghidap resdung tegar. Macam pengidap lain la,aku bangun pagi je dah terbersin-bersin sampai tak cukup nafas.Mata aku asyik gatal,kepala pun gatal asyik nak garu. Tahap resdung aku ni,bila letak je sambal kat lidah terus tangkap 1 kepala dia punya gatal.Tu belum telan lagi. Macam orang lain jugak,resdung ni memang ganggu kehidupan kita.Dekat khalayak ramai pun kerja nak bersin sampai hingus tersembul meleleh.Memang malu la orang tengok.Sapu tangan pulak tak ada..paip air pun tak ada...memang lap dengan baju je la sambil tahan malu. Lepas dapatkan nasihat dari pakar,aku disuruh amalkan diet untuk kurangkan simptom resdung dan makanan yang aku kena banyak makan untuk bantu kurangkan resdung. Ni aku share antara menu diet yang WAJIB elak dan WAJIB makan: WAJIB ELAK: 1.Gula Proses 2.Makanan berlemak "jahat"-cheese,susu,pizza atau berasaskan daging 3.Ajinamoto atau lain-lain penambah perisa. 4.M

Cara Merawat Resdung Mengikut Petua Tradisional

  [Hidung baru Ajai bernilai RM28,000!] TAKUT RESDUNG MAKIN MEREBAK 😱 😱 Bayangkan Kos cecah PULUHAN RIBU kalau biarkan resdung kita tanpa ikhtiar untuk berubat! GEJALA RESDUNG(SINUSITIS) • Hidung selalu tersumbat • Lender dari hidung dan tekak • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan • Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya KEMUDARATAN RESDUNG(SINUSITIS) • Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata • Jangkitan otak • Sakit tekak yang kronik • Jangkitan tulang muka • Menerukkan keadaan lelah • Berdengkur secara kronik • Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil • Alahan hidung • Selsema biasa yang melarat ==================================== KINI ANDA BOLEH RAWAT RESDUNG DALAM 1 MALAM SAHAJA. TANPA PERLU: 1.KELUARKAN KAHAK 2.TENYEH MUKA DENGAN HERBA ATAU LIPAS 3.ASAP MUKA 4TANPA PERLU TINDAK BALAS MENYAKITK