Langkau ke kandungan utama

[WAJIB BACA] 12 PETUA UNTUK KELIHATAN KEKAL CANTIK

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan Semulajadi

1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.






4. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.


 

9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MAKANAN YANG PERLU DIMAKAN JIKA ANDA ADA RESDUNG

DIET RESDUNG Tahun 2003,aku dah start jadi penghidap resdung tegar. Macam pengidap lain la,aku bangun pagi je dah terbersin-bersin sampai tak cukup nafas.Mata aku asyik gatal,kepala pun gatal asyik nak garu. Tahap resdung aku ni,bila letak je sambal kat lidah terus tangkap 1 kepala dia punya gatal.Tu belum telan lagi. Macam orang lain jugak,resdung ni memang ganggu kehidupan kita.Dekat khalayak ramai pun kerja nak bersin sampai hingus tersembul meleleh.Memang malu la orang tengok.Sapu tangan pulak tak ada..paip air pun tak ada...memang lap dengan baju je la sambil tahan malu. Lepas dapatkan nasihat dari pakar,aku disuruh amalkan diet untuk kurangkan simptom resdung dan makanan yang aku kena banyak makan untuk bantu kurangkan resdung. Ni aku share antara menu diet yang WAJIB elak dan WAJIB makan: WAJIB ELAK: 1.Gula Proses 2.Makanan berlemak "jahat"-cheese,susu,pizza atau berasaskan daging 3.Ajinamoto atau lain-lain penambah perisa. 4.M...

CARA KECUTKAN JERAWAT GUNA UBAT ASPIRIN

KRIM JERAWAT ABIS BILA TIME NAK GUNA? "Ina lupa yang krim tu dah abis..Memang planning nak gi Tesco beli kat kedai jamu kak Ita..Bila malam nak guna,aiyoyo..kosong dah bekas.Mampuih la kalau tak sapu malam ni esok mau bengkak gila jerawat ni.Dah la kat atas bibir"Kata Ina kat Housematenya Zulaika. "Tak pe la wei..ko tak yah gelabah la.Ambik pil aspirin aku tu kat dalam laci tv yang tengah-tengah sekali tu"Balas Zulaika. "Eh ko ni,aku cakap pasal jerawat aku,yang ko nak.suruh aku telan ubat sakit kepala ko tu dah kenapa?"Berkerut dahi Ina menjawab. "La..aku cakap pasal ubat jerawat la..Tu la ko,tak tau,pastu malas nak ambik tau.Aku ni guna aspirin tu je bila jerawat aku besor sangat.Sebab cepat kecut.Tapi aku guna bila emergency je.Time jerawat aku besar-besar.Ko ambik aspirin tu sebijik,pastu ko hancurkan.Dah hancur,ko campur air buat paste.Pastu tempek la kat tempat jerawat ko tu.Tapi sapu 20 minit je tau.Lepas tu cuci.Aku geren...

14 TEKNIK CLOSE SALE PALING BERKESAN-100%GEERREENNTII

14 TEKNIK CLOSE SALE PALING BERKESAN-100%GEERREENNTII Dulu mungkin tiap kali anda berurusan dengan customer,Anda akan menangis sebab customer tak minat nak beli.LEPAS anda baca cara-cara close sale kat bawah,GERENTI sales anda KeBABOOM PARA PENJUAL di Online pasti tau macam mana rasanya bila jawab semua soalan customer, last2 tetap je customer banyak alasan dan tak nak beli. Pernah kan? Untuk itu belajar teknik closing sangat penting, supaya tahap penukaran (% closing) semakin besar. Jika tahap penukaran besar, customer semakin banyak. Begitu juga sebaliknya. Tahukah anda, 80% orang membeli kerana emosi dan 20% orang memutuskan untuk membeli kerana logik. Untuk itu, kita akan banyak menggunakan pendekatan psikologi supaya jualan boleh maksimum (closing). So, bagaimana ciri-ciri closing? Jika bakal customer bersemangat, banyak bertanya dan menghubungi anda berkali-kali. Kalau dah dapat salah satu ciri closing pada bakal customer anda, barulah buat perkara berikut ni… ...